Thursday, 9 June 2016

:: Mini Kurung Ruffle ::

 
Assalamualaikum dan hai hai...
 
Baru la ni sisza nak up entry berkaitan baju. Sebelum ni memang tak pernah pun update sebab ketiadaan masa. Tapi ni sisza sempatkan juga. Sebab ada pernah terbaca, blog juga satu medium untuk business. huhuhu. Jadi den pun cuba lagi-lagi nak dekat raya. kikiki
 
*blogakusukahatiakunakupdateapa
 
Untuk first entry ni, baju CaryaZara. Sisza merupakan agent dropship kepada pakaian CaryaZara. Sisza tak tipu, jujur dalam business.Dan sisza pun tak main harga,turun-turunkan harga. Keberkatan tu penting tau lagi-lagi bulan puasa ni.
 
 
Jadi, inilah dia MINI KURUNG RUFFLE 2.0. Sebelum ni ada MINI KURUNG RUFFLE 1.0 tapi memang dapat sambutan yang hebat. Kali ni, pihak CaryaZara buat untuk 2.0, kain lebih okay berbanding yang 1.0 .
 
 
 
 
MK RUFFLE 2.0
 
Material Top : Paloma
 
  • Material Paloma ialah jenis 'washable silk'
  • Kain licin, lembut dan beralun
  • 200% tak jarang
  • Tak mudah renyuk
  • Mudah dicuci dan dibasuh
  • Mudah digosok
 
Material Skirt : Printed Cotton
 
Special :  Breastfeed Friendly (Hidden Zip)
 
Dan didatangkan dengan 6 warna :
 
  • Maroon
  • Royal Blue
  • Dusty Pink
  • Khakis
  • Blue Turqoise
  • Green
 
 
Jom layan gambar-gambar yang lain
 
 


 
 

 
 

 
 

 
Yang ni gambar close up. Mesti akan tertanya-tanya gambar yang dekat macam mana. Ni dia gambar dekat, lengan ada cenggitu. Sisza nak cakap pun tak tahu. Hahaha
 










 

 
 
Harga : RM 195 free postage SM/SS
 
WHATSAPP : 011 3797 3762
WHATSAPP : 011 3797 3762
WHATSAPP : 011 3797 3762
 



Tuesday, 7 June 2016

:: Petua Hilangkan Bau Badan ::

Masalah bau badan atau bau ketiak sering dialami oleh mereka yang kerap berpeluh. Tidak kisahlah yang berbadan besar mahupun yang kurus melidi. Tapi ada juga yang berbadan besar tidak mempunyai bau badan. Rasa yang tak selesa apabila bersama dengan kawan-kawan atau pun dengan sesiapa sahaja.

Bagi diri aku sendiri yang tak memiliki badan yang begitu besar, aku akui yang aku mempunyai bau badan yang kuat. Jujurkan di situ. Hahaha pagi-pagi kalau pergi kerja masih confident sebab tak berbau lagi. Tapi bila aku nervous, ataupun berjalan di tengah panas, bermula bau-bauan keluar dari badan aku. Kadang-kadang, perasan low confident tu ada jauh-jauhkan diri dari orang. Macam tu lah.
 
Sekarang ni, macam-macam petua untuk hilangkan bau badan @ ketiak. Search di Google, segalanya di hujung jari.
 
Antara beberapa petua untuk menghilangkan bau badan @ ketiak :
 
  • Ramaskan pucuk jambu batu sehinggah hancur, kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi
  • Ambil hampas kelapa, lumur pada ketiak. Biarkan selama 8 minit Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 3 kali semingu.
  • Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan 3 kali seminggu.
  • Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan minum setiap hari.
  • Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makan 3 kali sehari.
Tips untuk hilangkan bau badan @ ketiak :
 
  • Jangan biarkan bulu ketiak terlalu panjang. Rajinkan diri mencukur atau memotong bulu ketiak agar kemas dan bersih.
  • Elakkan daripada memakai dedoran semasa sedang berpeluh. Ini akan menyebabkan ketiak basah dan bau yang kurang menyenangkan.
  • Elakkan dari memakai bedak di ketiak kerana ia akan membuatkan ketiak melekit dan boleh menghitamkan
  • Pemakanan juga menjadi factor penting bau badan, elak mengambil makanan yang banyak menggunakan bawang dan rempah.
Selain bau ketiak, badan juga mendatangkan bau yang tidak menyenangkan. Apabila kita berpeluh, ketiak dan badan akan mengeluarkan bau yang kurang enak. Bagi mengatasi masalah bau badan, Celebrity Lass Master Odourless boleh membnatu anda mengurangkan masalah tersebut.


 
 
 



Celebrity Lass ni apa?

Senang kata bila pakal CL ni, bila berpeluh takde la bau masam, tengik, hapak dan seangkatan dengannya. Fungsinya ala-ala deodorant gitu. Tapi kalau deodorant pun masih ada bau kan?

Celebrity Lass ni pakai sekali je sehari tapi kesannya kekal 24 jam. Paling best, bukasetakat kat ketiak, kat kaki & celah-celah badan yang terlindung pun boleh sapu.

Tiada pengawet mahupun bahan pewangi. Dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi belaka. Ramuan utama terdiri daripada tawas bermutu tinggi, air mawar yang harum, air suling yang suci serta herba berkualiti terpilih.

Partikel nano halus daripada tawas dan herba akan mengisi liang kulit. Dan apabila peluh merembes keluar, ia akan meneutralkan bau peluh yang keluar dan juga penghalang pembiakan bakteria di kawasan berpeluh.

CARA PENGGUNAAN
Pastikan kulit kering sebab CL tak boleh bercampur dengan air.

1. Spray CL di bahagian yang kuat berbau seperti ketiak dan kaki. Ratakan bagi meresap ke dalam kulit.
2. Tunggu kering dalam seminit.
3. Mandi dan sabun seperti biasa.


Semudah 1 2 3.

Siapa yang ada masalah badan berbau, berminat untuk cuba, boleh whatsappp sisza 01137973762

Sunday, 5 June 2016

:: Ramadhan Kareem ::

Alhamdulillah bulan Ramadhan menjelma kembali. Selamat datang bulan yang penuh keberkatan..

Untuk kali ni memang berdesup la aku update blog untuk entry kali ni sebab copy and paste entry sebelum-sebelum ni. Hahaha. Alhamdulillah pejam celik pejam celik, begitu cepat masa berlalu. Tup tup nanti dah 7 hari, 14 hari, 21 hari, 28 hari dan kita menyambut hari aidilfitri.
 
 
 
 

Terima kasih Ya Allah kerana masih lagi memberi aku untuk bertemu dengan bulan penuh keberkatan ini. Dekatkanlah diriku denganmu Ya Allah semoga aku dapat beramal ibadah di bulan Ramadhan ini. 

Berilah aku peluang untuk memperbetulkan silap dan salahku dan bertaubat denganMu Ya Allah. Sesungguhnya aku adalah hamba yang lemah, banyak melakukan kesalahan. 

Terima kasih atas segala rezeki yang Kau kurniakan kepadaku. Semoga apa segala keputusan yang aku buat, biarlah tepat dan di bawah RahmatMu. 

Selamat menjalani ibadah puasa.

Copyright © ZAZA ABRIZAH Made with ❤ by azhafizah.com